Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 15, 2010

Calisto pening tonggak cedera (Harian Metro Online)

SELEPAS K Rajagobal, kini tiba giliran ketua jurulatih Vietnam, Henrique Calisto meratapi kehilangan pemain tonggaknya, senario paling merugikan menjelang pertemuan separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Calisto tidak punya pilihan selain mengharapkan jenteranya menterjemah aksi seperti yang beliau inginkan untuk mengekang pemain Malaysia selepas Nguyen Troang Hoang dilayangkan kad merah ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura manakala Phan Van Tai Em, Huynh Quang Thanh serta Doan Viet Cuong pula mengalami kecederaan serius.

Beliau kini sudah memikirkan pemain yang bakal menggantikan keempat-empat pemain itu malam ini.

“Inilah bola sepak. Saya tidak boleh harapkan keajaiban daripada tiga pemain yang cedera itu dan saya perlu menghadapi Malaysia tanpa mereka. Saya tidak punya pilihan lain.

“Malaysia sudah lama tidak ke perlawanan akhir dan kalau tidak silap saya, ia menjangkau 14 tahun. Saya sedar dengan keinginan tinggi pemain Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir tahun ini dan saya harap kami dapat melakukan sesuatu di sini,” kata Calisto.

Mungkin Calisto cuba melancarkan perang psikologi sehari sebelum pertemuan Malaysia-Vietnam apabila berseloroh berkata, Vietnam sudah pasti untung besar andai benteng pertahanan skuad bimbingan Rajagobal itu beraksi seperti ketika menentang Indonesia, 1 Disember lalu.

“Kalau itulah yang dipersembahkan Malaysia, kami pasti menang tetapi kalau mereka bermain seperti ketika menentang Thailand atau Laos, kami akan berada dalam keadaan sukar. Saya berulang kali melihat rakaman perlawanan itu dan saya dapati kesilapan benteng pertahanan membolehkan Indonesia menjaringkan banyak gol.

“Secara jujur, saya tidak berani memandang rendah Malaysia kerana pasukan sekarang tidak lagi sama dengan pasukan yang pernah saya temui sebelum ini. Dua tahun lalu, kami menang 2-0 tetapi kali ini berbeza.

“Saya anggap Malaysia sebagai pasukan yang kuat dan pasukan saya tidak lagi sama dengan dua tahun lalu tetapi secara dasarnya, kami masih mengamalkan prinsip serta corak permainan sama,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...