Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, November 6, 2010

Peminat rayu Annuar tidak berundur (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU - Hasrat yang digambarkan Tan Sri Annuar Musa untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) nyata tidak mendapat 'restu' daripada peminat setia The Red Warriors.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) Marhasim Mat merayu Annuar tidak meneruskan hasratnya kerana sumbangannya amat besar.

"Kelantan amat memerlukan orang seperti Annuar. Sumbangan beliau untuk pembangunan bola sepak Kelantan cukup besar dan sangat bererti buat semua peminat dan pasukan pemain.

"Buktinya, idea dan pembaharuan yang dibawa beliau berjaya menaikkan semula kualiti bola sepak Kelantan yang agak malap sebelum ini," katanya semalam.

Tambahnya lagi, kejayaan Annuar dan pasukan Kelantan membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan buat julung kalinya wajar diberikan pujian dan perhatian.

Selasa lalu, akhbar tempatan melaporkan Annuar memberi bayangan bersedia melepaskan jawatannya selaku Presiden KAFA kepada orang baru sekiranya ada calon lain menawarkan diri.

Laporan itu turut menyebut, Annuar bersedia memberikan masa kepada jawatankuasa pengurusan KAFA dan ahli-ahli yang lain memikirkan calon yang sesuai bagi menggantikan beliau sekiranya berkelayakan.

Marhasim memberitahu, pihaknya masih lagi belum dapat melihat siapakah yang layak menjawat jawatan Presiden KAFA sekiranya Annuar melepaskan jawatan itu.

"Jawatan ini memerlukan komitmen lebih daripada mengurus sebuah pasukan tetapi seseorang itu perlu bersedia dari semua aspek termasuk kewangan,'' katanya.

Sementara itu, setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) Azman Mohd Noor terkejut dengan hasrat Annuar untuk melepaskan jawatannya.

"Bagi saya ia bukanlah masa yang sesuai memandangkan Kelantan berada dalam landasan terbaik untuk meraih banyak lagi kejuaraan pada masa datang.

"Kemampuan beliau sebagai Presiden KAFA tidak boleh dipertikaikan. Sepanjang satu penggal beliau memegang tampuk presiden banyak pembaharuan yang telah dilakukan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena