Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, November 10, 2010

Norhafiz bangga aksi pemain muda (Harian Metro Online)

KAPTEN Norhafiz Zamani Misbah mengharapkan keajaiban sebelum pertemuan menentang Jepun esok.

Katanya, kecederaan tidak begitu merisaukannya cuma dia berharap pemeriksaan fisio positif memberi peluangnya bermain.

“Memang sedih apabila melihat rakan dari tepi padang meneruskan perjuangan tanpa saya. Malah keadaan ketika itu agak genting dengan Kyrgyzstan sentiasa mengasak ketika kita mendahului 2-1.

“Syukur rakan sepasukan terutama di benteng kekal dengan tempo dan tidak langsung membenarkan penyerang lawan membuat percubaan sehingga tamat permainan.

“Inilah kemenangan cukup menggembirakan saya. Selain kita berpeluang ke pusingan kedua, persembahan pemain muda cukup membanggakan. Bakat dan kematangan mereka terserlah.

“Sebagai pemain senior saya akui kita mempunyai pemain muda yang boleh diharapkan menggalas tugas penting,” katanya.

Norhafiz dikeluarkan pada minit ke-73 selepas dirempuh dengan kasar oleh penyerang Kyrgyzstan, Mirlan Murzaev ketika cuba menghalang kemaraannya.

“Ketika terasa bunyi lutut saya berdetup, saya tahu saya tidak dapat meneruskan permainan. Sedih memang sedih. Namun inilah nasib pemain. Kecederaan kadang-kadang berlaku kejam dalam saat genting,” jelasnya.

Apapun harapan kapten KL Plus untuk tidak pulang awal seperti dua penyertaannya di Sukan Asia termakbul. Malaysia kini mengutip tiga mata penting dan sekiranya tewas sekalipun kepada Jepun dan China, peluang beraksi di play-off sudah hampir terjamin.

“Selepas kemenangan ini saya percaya rakan sepasukan berkobar-kobar untuk memberikan saingan lebih mantap lagi. Mereka tidak lagi melihat play-off tetapi cuba untuk layak secara mutlak.

“Ini sesuatu yang membanggakan dan saya harap kita dapat bermain lebih baik lagi selepas ini menentang Jepun,” katanya.

Selaku kapten, Norhafiz turut memuji ketenangan serta kecekapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

“Sekalipun turun dalam aksi pertama antarabangsanya, dia bijak mengawal gawang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...