Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, November 6, 2010

Enggan pulang awal (Harian Metro Online)

Daripada Azahar Md Taib di Guangzhou

MEMBARA...skuad bola sepak kebangsaan bersama jurulatih dan pengawai bergambar sebelum berangkat ke Guangzhou di KLIA, semalam.
MEMBARA...skuad bola sepak kebangsaan bersama jurulatih dan pengawai bergambar sebelum berangkat ke Guangzhou di KLIA, semalam.

KAPTEN skuad negara, Norhafiz Zamani Misbah tidak mahu pulang awal pada penyertaan ketiganya di Sukan Asia.

Begitu harapan ketika menjejakkan kaki di Guangzhou semalam, tuan rumah Sukan Asia Ke-16 bersama-sama skuad negara diketuai jurulatih K Rajagobal.


Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah dan pilihan utama, China, Jepun dan Kyrgyzstan. Perlawanan pertama skuad negara Isnin ini menentang bekas negara jajahan Soviet, Kyrgystan.

“Kalau boleh saya memang tidak mahu balik awal. Cukuplah dua penyertaan sebelum ini iaitu di Busan, Korea Selatan 2002 dan Doha, Qatar 2006.

“Pengalaman di dua temasya itu cukup menyedihkan apabila kita terkandas awal dan menerima kritikan ketika pulang ke tanah air.

“Kali ini berdasarkan peningkatan dan pencapaian barisan skuad muda ini, saya yakin kita mampu melepasi pusingan kedua,” katanya.

Zamani dipanggil pada saat akhir menggantikan Aidil Zafuan Abd Radzak yang tercedera, mempunyai alasan kuat atas keyakinannya itu.

Skuad ini majoritinya adalah tulang belakang pemenang pingat emas Sukan Sea Laos tahun lalu dan didedahkan dengan aksi liga kompetitif di Slovakia.

“Sekalipun kehilangan 10 tonggak utama yang diketepikan kerana kecederaan, struktur pasukan ini sudah mantap.

“Malah komitmen barisan muda ini saya lihat cukup bersedia, memiliki kekuatan mental dan fizikal lasak. Keyakinan mereka juga tinggi hasil kejayaan di Laos tahun lalu.

“Tidak sukar bagi saya menyesuaikan diri dengan corak permainan mereka sepanjang dua minggu berlatih bersama.

“Dalam era bola sepak moden ini, tidak ada bezanya antara pemain senior dan junior. Matlamat kami adalah sama untuk mara sejauh mungkin pada temasya ini.

“Selaku kapten dan pemain paling senior, apa mereka perlukan adalah bimbingan di tengah padang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...