Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Napoli berjaya sekat hajat Inter raih tiga mata


DEL Piero (kiri) jaringkan dua gol Juventus bertemu Genoa untuk pastikan kemenangan pertama bawah jurulatih baru, Zaccheroni.

MILAN: Pendahulu Serie A, Inter Milan hilang dua mata berharga apabila seri 0-0 ketika menentang Napoli dalam saingan Serie A di gelanggang lawan, kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan Milan pimpinan Jose Mourinho berada di tangga teratas liga berbekal 54 mata - tujuh di atas Roma yang mengatasi Palermo 4-1 serta sembilan lagi di hadapan AC Milan yang menewaskan Udinese 3-2.

Napoli dan Sampdoria memiliki 39 mata manakala Juventus di tangga keenam, 38.

Juventus merakamkan kemenangan pertama bawah jurulatih baru, Alberto Zaccheroni, kelmarin selepas Alessandro Del Piero menyumbang dua gol ketika menewaskan Genoa 3-2.

Napoli jelas kecewa mengutip satu mata daripada perlawanan yang harus dimenangi mereka.

“Pada akhir babak saingan ia tampak sukar,” kata penyerang Napoli berbangsa Jerman, Denis. “Apa yang penting kami memberikan segala-galanya dalam perlawanan ini. Dengan sedikit tuah kami mungkin dapat menjaringkan gol, termasuk saya.”

Dalam perlawanan lain, Cagliari menewaskan Bari 3-1, Catania seri 0-0 dengan Atalanta 0, Chievo Verona tewas 0-1 kepada Siena manakala Bologna menang 1-0 ke atas Livorno. - AP

--- BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...