Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 4, 2010

Mesir naik No. 10 ranking FIFA (Utusan Malaysia)


ZURICH - Sepanyol kekal di tangga teratas dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), manakala juara Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika, Mesir, naik ke kelompok 10 terbaik dunia.

Juara Eropah, Sepanyol diekori Brazil dan Belanda dalam senarai terbaru yang dikeluarkan, semalam.

Kedudukan pasukan sembilan teratas tidak berubah selepas hanya pasukan di tangga kelapan, Argentina yang beraksi bulan lalu.

Mesir, yang muncul juara kali ketiga berturut-turut Piala Negara-Negara Afrika Ahad lalu, naik dari tangga ke-14, ke kedudukan ke-10.

Kedudukan terbaik Mesir sebelum ini ialah di tangga ke-15 pada 2009.

Pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Negara Negara Afrika, Nigeria naik tujuh anak tangga ke kedudukan ke-15, dan naib juara Ghana, naik tujuh anak tangga ke tempat ke-27.

Cameroon pula tercicir sembilan anak tangga ke tempat ke-20, Ivory Coast jatuh enam anak tangga ke tempat ke-22.

Kedudukan Amerika Syarikat tidak berubah pada No. 14 dan Mexico kekal pada kedudukan ke-17.

Australia merupakan pasukan terbaik Asia, pada kedudukan ke-23. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...