Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 16, 2010

Beckham risau kelibat Rooney di San Siro (Berita Harian)


David Beckham

'Jumpa' kawan lama selepas 'terpisah' tujuh tahun lalu

LONDON: Tujuh tahun selepas meninggalkan Manchester United, David Beckham buat pertama kali berdepan pasukan yang menggilapnya menjadi bintang dunia apabila AC Milan menunggu kunjungan juara tiga kali Liga Juara-Juara Eropah itu di San Siro, malam ini.

Satu lagi perlawanan pusingan kedua kalah mati membabitkan juara sembilan kali, Real Madrid menentang jaguh Perancis, Lyon dengan pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo dijangka mengetuai cabaran gergasi Sepanyol itu.

Beckham yang tidak pernah berdepan United sejak empat musim lalu bersama Real mendapat peluang ini selepas beraksi untuk Milan atas pinjaman dari kelab Los Angeles Galaxy.

"Ia adalah perlawanan terbesar bagi saya," kata Beckham yang memenangi kejohanan pada 1999 ketika mewakili United.

Pemain England itu juga tidak menyembunyikan rasa bimbang betapa kelibat garang Wayne Rooney yang sudah menjaringkan 23 gol musim ini mampu menjadi pemusnah jika benteng Milan leka, hari ini.

"Saya sudah berulang kali berkata Wayne adalah antara penjaring terbaik dalam bola sepak. Dia membuktikan dia bersama sebuah kelab hebat seperti Manchester United," katanya.

Sementara itu, Rooney � penyerang yang difahamkan meniti prestasi terbaik dalam kerjayanya menyuarakan dia tidak mahu mengambil mudah cabaran daripada Milan � juara Piala Eropah tujuh kali itu.

"Milan memiliki beberapa pemain yang boleh menjaringkan gol, khususnya daripada percubaan set- piece. Saya percaya kami harus waspada dengan setiap gerakan mereka," katanya. � Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...