Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, November 16, 2012

Harga Tiket RM5 & RM10 Bagi Perlawanan Zon Timur Piala Emas Raja-raja

KUALA TERENGGANU, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Melayu Terengganu (PBSMT) menetapkan harga tiket RM5 dan RM10 untuk perlawanan Piala Emas Raja-Raja peringkat zon timur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini bermula 23 hingga 25 Nov ini.

Bagaimanapun, tiada bayaran dikenakan untuk perlawanan di padang C Kompleks Sukan Gong Badak, dekat sini.

Setiausaha PBSMT Aziz Yunus Jumaat berkata perlawanan di Kompleks Sukan Gong Badak akan bermula pada pukul 4.30 petang manakala di SSINS pada pukul 8.30 malam.

Menurutnya pertandingan zon timur itu melibatkan empat pasukan iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir.

Berikut adalah jadual pertandingan di padang C Kompleks Sukan Gong Badak iaitu Perlis-Kelantan (23 Nov), PDRM-Kelantan (24 Nov) dan Perlis-PDRM (25 Nov) manakala di SSINS Terengganu-PDRM (23 Nov), Terengganu-Perlis (24 Nov) dan Terengganu-Kelantan (25 Nov).



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...