Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, July 11, 2011

Sambutan wira Red Warriors

2011/07/10

Lebih 10,000 penyokong Kelantan banjiri lapangan terbang lihat trofi

LEBIH 10,000 penyokong Kelantan - majoriti berpakaian serba merah - membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, malam kelmarin untuk menyambut wira mereka yang membawa pulang trofi Liga Super selaku juara baru musim ini.

Jumlah hampir sama kemudian berarak bersama pasukan The Red Warriors itu sehingga ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk memulakan sambutan menghargai keringat anak didik Datuk M Karathu.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan memberi imbuhan menarik buat pemain Kelantan di atas kejayaan gemilang yang mengharumkan nama negeri.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun persatuan itu belum dapat memutuskan jumlah keseluruhan imbuhan itu namun akan tetap mengagihkan wang tunai berjumlah RM500,000 hasil juara Liga Super kepada setiap pemain.

“Kafa akan bermesyuarat Selasa ini membincangkan bentuk imbuhan bakal diberi,” katanya.

Annuar yakin kemenangan menjadi juara liga itu akan membangkitkan lagi semangat pemain Kelantan memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia nanti.

“The Red Warriors berjaya mengangkat mutu bola sepak Kelantan ke tahap tertinggi dan saya bangga dengan keringat setiap pemain,” katanya.

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena