Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, July 9, 2011

Mat Yo gembira dalam duka

Oleh Hussain Said

2011/07/08

GEMBIRA dalam duka! Itu kesimpulan terbaik bagi menggambarkan perasaan penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha apabila impiannya memenangi Kasut Emas Liga Super musim ini terlepas gara-gara dipintas pada saat akhir penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya, malam kelmarin.

“Saya memang kecewa kerana selaku penyerang, saya memang impikan Kasut Emas. Mulanya saya yakin dapat memenuhi impian itu selepas menyumbat dua gol, tetapi tidak sangka pula Abdul Hadi meledak empat gol dan memintas jumlah gol saya.

“Namun, saya akui semuanya ketentuan takdir dan bukan rezeki saya. Saya akan jadikan kehampaan ini sebagai pembakar semangat untuk menebusnya musim depan,” kata Norshahrul sejurus membantu Kelantan menewaskan Sabah 2-1 dan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kalinya di Stadium Likas, malam kelmarin.
Dua jaringannya membolehkan penyerang yang mesra dengan panggilan 'Mat Yo' itu mengumpul 18 gol, ketinggalan satu gol di belakang Abdul Hadi selepas penyerang muda Terengganu itu meledak empat gol ketika Terengganu membenam FELDA United 6-2.

Norshahrul yang baru pulih daripada kecederaan hamstring mengakui kedukaannya terubat apabila dapat membantu Kelantan mencatat nama selaku pasukan keenam memenangi trofi berprestij itu sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004.

“Selepas mengharungi perjalanan liga yang panjang, akhirnya kami berjaya menjulangnya. Ini kejayaan bersejarah berkat kerjasama sepasukan. Yang penting, ia menjadi penawar terbaik selepas kami kecewa di final Piala FA,” katanya.

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena