Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, July 14, 2011

Langkah bijak FAM: Alberts

am@hmetro.com.my
Oleh Robert Kenneth

JURULATIH Sarawak, Robert Alberts menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengekalkan format Liga Super serta membenarkan pemain import kembali ke kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Kami sebenarnya sudah menjangkakan keputusan FAM itu dan ia amat baik untuk masa depan bola sepak negara ini,” katanya yang turut berpendapat format Liga Super yang sedia ada amat baik dan tidak perlu diubah.

Alberts berkata, Selangor PKNS dan Sarawak mempamerkan prestasi membanggakan dalam Liga Perdana untuk muncul juara dan naib juara dan berhak berada dalam saingan elit Liga Super.

“Justeru itu, jawatankuasa pertandingan FAM membuat keputusan tepat untuk mengekalkan format sedia ada,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kelmarin berkata, format Liga M untuk musim baru dikekalkan dengan 14 pasukan bersaing dalam Liga Super dan 12 dalam Liga Perdana. Alberts juga memuji keputusan FAM membenarkan setiap pasukan Liga M mendapat khidmat dua pemain import supaya saingan liga lebih kompetitif dengan kualiti pemain.

Beliau berkata, Sarawak memerlukan dua pemain import dalam usaha memperkukuhkan pasukan itu yang berdepan dengan pasukan kuat dalam Liga Super.

Alberts percaya Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mampu mendapatkan khidmat dua pemain asing itu.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...