Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, July 10, 2011

Aksi Pelita Jaya penting: Piya


KETUA pasukan Kelantan, Badhri Radzi menganggap aksi persahabatan menentang kelab Indonesia, Pelita Jaya FC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini penting untuk persediaan mereka ke Kejohanan Piala Malaysia yang bakal bermula, September akan datang.

Menurutnya, pada pertemuan itu nanti, kira-kira lima pemain utama tidak dapat digunakan Datuk M Karathu berikutan terpaksa menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan di Kuala Lumpur.

“Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, kami tetap menganggap ia sebagai satu perlawanan yang penting. Perlawanan itu dapat digunakan sebagai persiapan menjelang kempen Piala Malaysia.

“Lagipun, kami tidak mengetahui barisan kesebelasan utama yang bakal diturunkan kerana lima pemain kebangsaan dipanggil menyertai kem latihan pusat. Ini peluang terbaik pemain simpanan menunjukkan taring sebenar bagi menambat hati jurulatih,” katanya.

----- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...