Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, June 20, 2011

Rajagobal tetap puas hati

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2011/06/20

Akur terpaksa kehilangan Aidil Zafuan pula untuk hadapi Taiwan

KHABAR menggembirakan buat Jurulatih Malaysia, Datuk K Rajagobal apabila barisan yang diturunkan ketika menentang Myanmar menunjukkan permainan memberangsangkan walaupun tanpa penyerang utama Norsharul Idlan Talaha.
Namun pada masa sama, Rajagobal menerima padah apabila pertahanan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak mengalami kecederaan serius yang mungkin menjejaskan persiapan skuad Harimau Malaya menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 29 Jun ini.
“Pemain turun dengan semangat tinggi walaupun pasukan yang dibentuk ini membabitkan beberapa muka baru. Mereka memberikan persembahan seperti yang diharapkan, membenam Myanmar 2-0.

“Keadaan padang becak menyebabkan pergerakan tidak lancar tetapi pemain tetap bersemangat dan ini memberi keyakinan untuk mencari kemenangan apabila menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya.

Rajagobal memuji persembahan muka baru seperti Mohd Shakir Shaari, Mohd Farisham Ismail dan Helmi Remeli yang tidak gugup dan menunjukkan aksi mantap.

“Bukan mudah untuk memberi keyakinan kepada pemain baru seperti Shakir, Farisham dan Helmi namun mereka menyesuaikan diri serta melaksanakan tanggungjawab diberikan,” katanya.
Mengenai kecederaan Aidil, Rajagobal menegaskan dia terpaksa membuat percaturan lain bagi memantapkan benteng pertahanan untuk menghadapi Taiwan memandangkan kemenangan penting bagi membolehkan Malaysia terus melangkah dalam saingan kelayakan Piala Dunia.

Ketua Jurulatih Myanmar, Milan Zivadinovic pula menganggap pemain Malaysia menunjukkan semangat juang tinggi dan akur dengan kekalahan itu memandangkan kebanyakan pemainnya masih muda dan sedang dalam proses menimba pengalaman.

“Pemain saya mempamerkan aksi terbaik sehingga tidak mudah untuk dikalahkan dan yakin kelompok pemain muda itu boleh dikembangkan untuk menghadapi Sukan SEA nanti.”

----- Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena