Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, June 14, 2011

Misi berganda Kelantan

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

KELANTAN membawa misi berganda menghadapi Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam ini, bagi menebus kekecewaan selepas tewas 1-2 kepada Terengganu dalam final Piala FA, Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengaku pemain masih keletihan selepas berhempas pulas di Bukit Jalil namun percaya semangat pemain tidak mudah luntur dan masih mampu bertarung dengan Perak, nanti.

Beliau berkata, Kafa tidak menubuhkan pasukan bola sepak untuk mendapatkan Piala FA saja, malah beliau tetap memberi semangat dan keyakinan kepada pemain untuk menjuarai Liga Super.

“Selepas pulang dari Bukit Jalil, mereka dihimpun semula selain diberikan motivasi meningkatkan keyakinan diri dan kita dapat lihat perubahan positif cuma masih memerlukan rehat.

“Tidak semestinya kita gagal dapatkan Piala FA maka tidak berpeluang menjuarai Liga Super dan pemain masih boleh beraksi seperti biasa,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam. Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengharapkan anak didiknya pulih segera daripada ‘kecederaan’ moral berhubung kegagalan menjulang Piala FA sebaliknya bangkit untuk membenam Perak.

Karathu berkata, Kelantan perlu memberi tentangan sengit kepada Perak kerana lawan sudah menewaskan The Red Warriors 0-4 pada pusingan pertama Liga Super.

“Kebangkitan semangat pemain begitu penting untuk beraksi cemerlang di penghujung musim bagi memastikan Kelantan menjuarai Liga Super.

“Berdasarkan rekod pusingan pertama, pihak lawan berjaya menewaskan kita tapi itu tidak menjejaskan persiapan kami,” katanya.

----- Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...