Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, April 19, 2011

Kelantan lega 3 tonggak pulih bertemu Singa Utara (Berita Harian Online)

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2011/04/19

KEHADIRAN semula tiga tonggak utama bagi perlawanan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri di Kangar, memberi sedikit keyakinan buat Kelantan untuk mengikis trauma kekalahan besar kepada Perak yang masih membelenggu The Red Warriors.

Kelantan yang seri tanpa jaringan ketika melayani Sabah Sabtu lalu, nyata gagal bingkas daripada kekecewaan biarpun jurulatih Datuk M Karathu yang kehilangan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Shakir Shaari ketika perlawanan itu, menurunkan Mohd Khalid Jamlus untuk memburu gol pada babak kedua.

“Memang diakui ketiadaan pemain utama memberi kesan besar terhadap perlawanan dengan Sabah,, malah pemain berada dalam keadaan tertekan untuk mencari kemenangan terutama ketika beraksi di depan penyokong sendiri.

“Namun saya tetap berpuas hati dengan permainan kerana beberapa serangan dilakukan Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Nizab Ayub dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi tetapi gagal menewaskan penjaga gol lawan,” katanya.

Bagi pertemuan dengan Perlis, dia yakin kepulangan tonggak utama mampu memperkuatkan semula rentak permainan The Red Warriors, sekali gus memungut mata penting dalam perebutan kedudukan di persada liga.

Walaupun jadual permainan musim ini agak padat, Karathu yakin anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan skuad Singa Utara yang turut dibuai keyakinan tinggi selepas mencipta kemenangan pertama musim ini, apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-2 di tempat sendiri.

“Saya yakin jika dapat menurunkan kesebelasan utama termasuk Norshahrul, tidak mustahil Kelantan dapat membawa pulang mata penuh apabila menentang Perlis. Tetapi dalam masa sama, saya juga mengharapkan pemain baru menyumbang terhadap kemenangan itu nanti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...