Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 15, 2011

Tok Gajah buru bekalan selesa (Harian Metro Online)

PAHANG semakin bernafsu untuk membenam sesiapa saja dan malam ini, skuad kendalian Dollah Salleh itu mahu memburu bekalan selesa pada pertemuan pertama menentang Kuala Lumpur di suku akhir Piala FA di Stadium Darulmakmur.

Prestasi mantap dipersembahkan termasuk kejayaan menewaskan Kelantan 2-0 pada aksi Liga Super, Sabtu lalu, menyerlahkan lagi kebangkitan skuad Tok Gajah itu.

Justeru, demi mencapai impian, Dollah mahu pemainnya supaya lebih bijak mengawal permainan dalam usaha mencatat kemenangan selesa sebagai bekalan menjelang pertemuan kedua di tempat lawan nanti.

Menurutnya, ketajaman jentera serangan perlu dipertingkatkan jika mahu melangkah ke separuh akhir, sekali gus mencatat kejayaan membanggakan musim ini.

“Saya lihat pemain sudah cukup bersedia untuk bertemu Kuala Lumpur biarpun lawan berusaha mencatatkan kemenangan.

“Dengan prestasi mantap dipersembahkan ketika ini, saya harap momentum dipamerkan dapat dikekalkan untuk meneruskan aksi gemilang.

“Tiada yang mustahil untuk melakar kemenangan jika semangat berpasukan termasuk saling bekerjasama untuk menembusi gawang lawan,” katanya.

Aksi suku akhir pertama Piala FA di antara Pahang dengan Kuala Lumpur sepatutnya diadakan di Stadium KLFA, Cheras tapi disebabkan venue itu berdepan masalah teknikal, kedua-dua perlawanan terpaksa berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Pertukaran gelanggang itu ternyata memberi kelebihan kepada Pahang untuk mencatat kemenangan apabila beraksi di gelanggang sendiri.

Namun, Dollah mengingatkan pemainnya supaya tidak terlalu yakin, sebaliknya mereka harus bermain dengan sebaik mungkin untuk menewaskan lawan.

“Saya mahu jentera serangan diketuai R Surendran dapat meneruskan sentuhan berbisa sambil dibantu dengan rakan sepasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...