Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

Tiada masalah dalaman (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menafikan kekalahan teruk kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan malam kelmarin mempunyai kaitan dengan masalah dalaman atau tindakan protes pemain.

Sebaliknya ia membabitkan beberapa faktor, antaranya masalah kecederaan yang membelenggu beberapa pemain skuad itu sekali gus tidak dapat menurunkan barisan terbaik.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan prestasi tidak konsisten skuad Hobin Jang Hobin selepas tewas 0-3 kepada pendahulu liga berpunca daripada tindakan protes pemain.

Menurutnya, sebahagian pemain utama Negeri Sembilan belum cergas sepenuhnya akibat masalah kecederaan dan pasukan tidak dapat menurunkan barisan terbaik hingga menjejaskan persembahan.

“Kami belum dapat turunkan kesebelasan terbaik kerana beberapa pemain dalam proses memulihkan kecederaan, antaranya Mohd Zaquan Adha (Abdul Radzak) dan Norhafiz Zamani (Misbah). Walaupun Zaquan sudah mula beraksi, dia belum berada pada tahap prestasi terbaik seperti sebelum ini.

“Masih terlalu awal membuat penilaian terhadap prestasi musim ini kerana saingan Liga Super masih di peringkat awal dan tidak wajar jika kita terlalu cepat membuat kesimpulan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena