Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 11, 2011

Teruskan ngauman! (Sinar Harian Online)


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yakin dengan kemampuan barisan skuad Olimpik negara untuk terus melakar kejayaan pada pusingan kedua Kelayakan Olimpik London 2012.

Berikutan itu, menurutnya, anak buah Ong Kim Swee diharap mampu meneruskan kecemerlangan dan sentiasa mempamerkan aksi bertenaga setiap kali turun beraksi.:

Azzudin ketika dihubungi Sinar Harian semalam, turut memaklumkan FAM bercadang mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan skuad Olimpik menghadapi pusingan kedua, pada 19 dan 23 Jun, depan.

“Kita (FAM) berhasrat mengadakan perlawanan persahabatan dalam usaha memantapkan pasukan.

“Bagaimanapun, kita masih menanti surat jawapan beberapa negara diundang untuk tujuan itu,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan skuad negara diundi bertemu sama ada Australia, Korea Selatan atau Jepun, Azzudin memberitahu tiada masalah jika pemain negara bersedia dan memberikan komitmen sepenuhnya.

Selain tiga negara itu, Malaysia bakal berhadapan Bahrain, China, Korea Utara, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan dan Vietnam.

Kelmarin, anak buah Ong Kim Swee mencatatkan keputusan seri di Lahore seterusnya layak ke pusingan kedua berdasarkan kelebihan agregat 2-0 ketika pertemuan pertama di Shah Alam, 23 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena