Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Tekanan punca rekod tanpa kalah lebur (Sinar Harian Online)

PASUKAN The Red Warriors mengakui rekod tanpa kalah yang dicipta sepanjang aksi Liga Super 2011 memberikan mereka tekanan apabila kalah kepada pasukan Tok Gajah 2-0, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, kelmarin.

Menurut jurulatih, Datuk M Karathu rekod tanpa kalah yang dipegang mereka memberikan tekanan kerana semua pasukan mahu menumbangkan pasukan itu.

“Kami bermain di tempat lawan dan saya tahu semua pasukan mahu mengalahkan Kelantan kerana rekod tanpa kalah yang kami pegang.

“Perlawanan pula berlangsung dengan pantas. Kita ada dua hingga tiga peluang tapi gagal memanfaatkan peluang yang ada,” katanya.

Karathu turut mengatakan, beliau tidak berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu sekali gus menganggap pengakhiran perlawanan itu tidak bagus.

“Saya akui pemain tertekan dengan keadaan kami dan memikirkan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah itu.

“Namun, apa yang mereka boleh lakukan adalah kekal fokus dalam perlawanan dan tidak memikirkan hal lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...