Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 3, 2011

PFA sahkan terima surat Mosthakeen (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/03/03

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengesahkan sudah menerima surat dikemukakan oleh Mosthakeen Omar untuk melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih Perlis, kelmarin.

Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz ketika mengesahkan berkata, berikutan keputusan dianggap mengejutkan itu, sebarang keputusan bakal diambil kini diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata ini termasuk memutuskan sama ada menerima atau sebaliknya keputusan peletakkan jawatan yang dikemukakan pengendali berpengalaman dari Alor Setar, Kedah itu.

“Selain itu, paling penting ialah untuk membincang dan seterusnya mengenal pasti bakal calon difikirkan layak dilantik mengisi kekosongan ditinggalkan Mosthakeen.

“Jawatan berkenaan perlu diisi sebelum 12 Mac ini apabila Perlis berdepan Felda United dan kami jangkakan, jawatankuasa pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Kelmarin, Mosthakeen membuat tindakan mengejut meletakkan jawatan yang difahamkan berpunca daripada perbezaan pendapat selain kecewa dan tidak berpuas hati dengan pengurusan pasukan berhubung kegagalan pasukan pada kempen Liga Super dan Piala FA, sebelum ini.

Perlis bakal bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur untuk berdepan Felda United pada aksi Liga Super, 12 Mac ini dan beliau beranggapan isu jurulatih harus disegerakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...