Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, March 10, 2011

PBNP tingkat keselamatan (Harian Metro Online)

MENYEDARI kehadiran penyokong Pahang dan Kelantan yang ramai, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meningkatkan tahap keselamatan pada perlawanan Pahang-Kelantan di Stadium Darulmkamur, Sabtu ini.

Tahap keselamatan itu bagi memastikan tidak timbul sebarang membabitkan kedua-dua penyokong sepanjang perlawanan itu.

Naib Presiden Satu PBNP, Datuk Omar Othman, berkata, pihaknya menjangkakan lebih 10,000 penyokong kedua-dua pasukan akan memenuhi stadium itu.

Menurutnya, peningkatan tahap keselamatan dilakukan kerana pertemuan Pahang-Kelantan dianggap menarik dan menemukan dua pasukan dari Pantai Timur.

“Bagi memastikan keselamatan penyokong, kami memutuskan tempat duduk penyokong diasingkan, termasuk tiket juga dijual di empat kaunter, masing-masing dua untuk Pahang dan Kelantan.

“Penyokong kedua-dua pasukan itu boleh membeli tiket bermula Jumaat ini dari jam 4 hingga 6 petang manakala jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari perlawanan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi jawatankuasa perlawanan di pejabat PBNP, Kuantan semalam. Hadir sama, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof.

Tiket perlawanan itu dijual pada harga RM25 bagi berbumbung manakala RM10, terbuka selain RM5 (kanak-kanak).

Sementara itu, Mohd Jasmani menasihatkan penyokong tidak membawa senjata berbahaya termasuk mercun dan bunga api ke stadium.

Sebagai langkah keselamatan, menurutnya, pihaknya akan melakukan pemeriksaan di pintu masuk.

“Pada perlawanan itu, 100 anggota polis akan mengawal keselamatan termasuk memastikan kelancaran lalu lintas bagi memudahkan penyokong ke stadium.

“Oleh itu, saya harap penyokong Pahang dan Kelantan dapat menyaksikan perlawanan itu dengan semangat kesukanan dan tidak melakukan sebarang provokasi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...