Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Manfaat peluang tempat sendiri: Wan Jamak (Sinar Harian Online)

KETUA Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan :berharap anak buahnya memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri apabila melayan kunjungan Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Paroi, malam ini.

Menurutnya, pemain juga diminta supaya tidak melakukan kesilapan kecil sehingga mampu menjejaskan peluang skuad Rusa meraih tiga mata penuh.

Katanya, kemenangan malam ini mampu memperbaiki kedudukan Negeri Sembilan yang kini berada di kedudukan ketujuh liga.

“Sekarang prestasi pasukan umpama ‘yo-yo’ tetapi pemain sudah berjanji untuk memberikan aksi terbaik mereka malam ini.

“Selama ini, mereka bermain baik cuma gagal memanfaatkan peluang di hadapan pintu gol,” katanya.

Mengulas mengenai adakah pemainnya tertekan bermain di gelanggang sendiri, Wan Jamak berkata masalah itu tetap ada berikutan penyokong yang hadir ke stadium mahukan keputusan positif daripada pasukan.

Bagaimanapun katanya, pemain tetap berusaha membaiki kelemahan dan berharap penyokong mendoakan kejayaan pasukan.

“Saya harap malam ini penyokong dapat hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan.

“Sokongan penyokong amat penting bagi menaikkan semangat pemain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena