Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Kim Swee yakin layak ke pusingan kedua (Sinar Harian Online)


PASUKAN bola sepak skuad Olimpik negara hanya mempunyai 24 jam sebelum pertembungan kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik London 2012 di Lahore, Pakistan,esok.

Pada pertemuan pertama, Malaysia membenam cabaran Pakistan 2-0 menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Zakaria dan Mohd Irfan Fazail.

Menurut pengendalinya, Ong Kim Swee tetap optimis mampu membawa pasukan negara melangkah ke pusingan kedua sejak kali terakhir melakukannya pada 1980.

“Kem negara ketika ini dalam mood ceria dan kita di landasan yang tepat untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Segala-galanya terpulang kepada pemain untuk mempertahankan kelebihan defisit dua gol yang dimiliki,” katanya, kelmarin.

Kim Swee yang juga Ketua Jurulatih skuad Harimau Muda A bakal menyusun strategi khas untuk memerangkap jentera serangan Pakistan sambil mengakui perlu berhati-hati dengan corak latihan pasukan kendalian Tariq Lutfi itu.

Katanya, mental dan fizikal anak buahnya perlu dalam keadaan sedia untuk menghadapi tekanan ribuan penyokong tuan rumah.

Pada pertemuan kedua itu nanti, Kim Swee membawa 18 pemain dan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Kim Swee turut melakukan rombakan kecil dengan membawa empat pemain baru bagi menghadapi perlawanan timbal balik menentang Pakistan di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan, malam esok.

Ong berkata kecederaan ketika sesi latihan terakhir semalam menyebabkan beliau terpaksa melupakan khidmat empat pemain iaitu Mohd Faizal Muhammad yang bermain posisi pertahanan, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir (penyerang), Wan Zack Haikal Wan Nor (tengah) dan Mohd Izham Tarmizi Roslan (penjaga gol).

Empat pemain yang menggantikan mereka ialah A. Thamil Arasu yang akan bermain di posisi serangan, Muhammad Zamir Selamat (penjaga gol), Syarul Azwari Ibrahim (tengah) dan Nazirul Naim Che Hashim (pertahanan).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...