Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, March 4, 2011

Kim Swee waspada (Harian Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
LINCAH...pemain negara, Mohd Irfan Fazail (kiri)  diasak pemain Pakistan di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.
LINCAH...pemain negara, Mohd Irfan Fazail (kiri) diasak pemain Pakistan di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

BERBEKAL kelebihan dua gol, jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee tidak menganggap pasukannya sudah selamat. Baginya pasukannya tidak boleh memandang mudah baki 90 minit perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik London 2012 menentang Pakistan, di Lahore, Rabu ini.

Beliau sedar, Pakistan tidak akan berdiam diri dengan melakukan persiapan rapi untuk memberi tentangan sengit apabila beraksi di laman sendiri.

“Sudah tentu mereka membuat persediaan, sebelum perlawanan pertama lagi mereka sudah mengadakan latihan di Bangkok, ini menunjukkan betapa seriusnya mereka untuk menentang skuad negara.

“Apabila kembali ke Pakistan, mereka melakukan persediaan dengan mengadakan perlawanan dengan Palestin pula,” kata Kim Swee yang akan membawa skuadnya ke Lahore Isnin ini.

Kim Swee wajar mengambil pendekatan berhati-hati walaupun jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi pernah mengakui peluang mereka untuk menidakkan kemaraan skuad negara ke pusingan kedua kelayakan Olimpik memang sukar meskipun beraksi di gelanggang sendiri.

Ini kerana pasukan yang baru dikendalikan Tariq dalam tempoh sebulan itu belum mahu menyerah kalah walaupun tumpas 0-2 di tangan Malaysia pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Dalam menunggu kunjungan skuad negara, Pakistan pula melakukan persiapan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan Palestin.

Menurut laporan laman web, www.footballpakistan.com, Tariq berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun tumpas 1-2 pada perlawanan pertama daripada empat perlawanan dengan pasukan kebangsaan Palestin itu.

“Saya menurunkan pemain muda skuad Olimpik dan gembira dengan permainan ditunjukkan ketika menentang Palestin yang jauh lebih berpengalaman,” katanya.

Malaysia dan Pakistan bersaing merebut salah satu daripada 24 tiket untuk beraksi di pusingan kedua pada 19 dan 23 Jun ini. Jika berjaya, mereka akan diundi bersama 13 pasukan ranking terbaik Asia seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun untuk menentukan tempat dalam saingan peringkat kumpulan di pusingan ketiga.

Juara daripada tiga kumpulan itu akan mendapat slot automatik ke Sukan Olimpik 2012 London manakala naib juara beraksi dalam play-off.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena