Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, March 14, 2011

Kemenangan beri motivasi kepada Pahang (Harian Metro Online)

ASROL AWANG
sukan@hmetro.com.my

KEMENANGAN 2-0 Pahang ke atas Kelantan kelmarin, bukan saja memberi motivasi terbaik buat skuad berkenaan, malah memberi gambaran bahawa Pahang kembali berada pada landasan terbaik.

Hakikat ini diakui Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Omar Othman yang menyifatkan aksi kelmarin adalah terbaik dipersembahkan skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Sehubungan itu, beliau mahu pemain Pahang meneruskan aksi cemerlang mereka jika mahu bersaing dengan kelompok pasukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini.

“Jika dilihat perlawanan itu, pemain menunjukkan peningkatan meyakinkan dan seharusnya mereka konsisten untuk perlawanan akan datang. Prestasi mantap ini membuktikan Pahang mampu melangkah lebih jauh dalam saingan liga.

“Saya bangga dengan komitmen pemain yang sudah menemui rentak permainan diinginkan bukan saja kepada pengurusan, malah meyakinkan peminat,” katanya semalam.

Pada perlawanan kelmarin, dua gol pemusnah disempurnakan R Surendran dan Mohd Faizol Hussin pada minit ke-43 dan 90.

Mengenai saingan suku akhir pertama Piala FA bertemu Kuala Lumpur esok, Omar mahu semua pemain mempamerkan prestasi menakjubklan seperti yang dipersembahkan pada pertemuan dengan Kelantan.

Menurutnya, kebangkitan yang dipamerkan pemain menyakinkan bahawa peluang untuk mengucup satu piala prestij musim ini boleh tercapai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...