Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Kekal semangat benam United (Berita Harian Online)

2011/03/08

Dalglish mahu ia dijadikan pencetus kejayaan musim ini

LIVERPOOL: Kenny Dalglish menggesa Liverpool menggunakan momentum daripada kemenangan menarik 3-1 mereka ke atas Manchester United sebagai pencetus untuk menamatkan kempen musim ini dengan kejayaan.

Selepas prestasi kurang memberangsangkan pada awal musim yang menyaksikan Roy Hodgson terlepas meletakkan jawatan sebagai pengurus dan membawa kepada kembalinya Dalglish, Liverpool akhirnya memenuhi potensi sebenar mereka.

Skuad Dalglish kini di tangga keenam carta Liga Perdana Inggeris dan cabaran pada saat akhir untuk menamatkan musim di kedudukan empat teratas kini bukan persoalan, sambil aksi di Liga Europa menyediakan peluang untuk menamatkan musim dengan trofi kejuaraan.

Pengendali Reds itu gembira dengan cara Dirk Kuyt dan gandingan penyerangnya, Luis Suarez mengasak pendahulu Liga Perdana Inggeris itu untuk mencatat kemenangan pertama mereka ke atas United dalam empat percubaan.

Mereka menewaskan United dengan aksi yang berkobar-kobar, mempamerkan penguasaan seperti kebiasaan ketika Dalglish masih menjadi pemain kelab itu suatu ketika dulu. Namun pengendali dari Scotland itu memberi amaran kepada pemainnya supaya tidak berpuas hati dengan kemenangan itu.

“Semua orang yang menyokong Liverpool mempunyai hari untuk bergembira. Prestasi pemain, sikap, komitmen, kebanggaan mereka terhadap bola sepak kelab serta prestasi individu... itulah sebabnya mereka mendapat keputusan yang dikehendaki itu,” kata Dalglish.

“Dirk memperoleh tiga gol, dia bakal menjadi tajuk utama dan Luis Suarez bermain begitu menakjubkan tetapi prestasi pemain lain juga tidak jauh di belakang mereka.”
Berbeza dengan kegembiraan Dalglish, seteru lamanya, Sir Alex Ferguson meninggalkan Anfield tanpa bercakap kepada media apabila pengurus dari Scotland itu terikat dengan keputusannya untuk tidak mahu mengeluarkan kenyataan selepas insiden komen kontroversinya terhadap pengadil, Martin Atkinson ekoran kekalahan kepada Chelsea Selasa lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...