Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, March 12, 2011

Dua lagi tonggak Perlis tersisih lawan Felda (Harian Metro Online)

BIARPUN menerima khabar gembira apabila venue perlawanan Liga Super menentang KL Felda United diubah ke Stadium Utama, Kangar, Perlis dikejutkan dengan berita dua pemain tonggaknya terpaksa diketepikan.

Perkembangan itu sememangnya memeritkan apabila terpaksa melepaskan tanpa rela khidmat sekurang-kurangnya empat pemain tonggak akibat dibelenggu kecederaan dan penggantungan permainan.

Hakikat pedih itu terpaksa dilalui ketua jurulatih baru, Salim Tofel Mohamad yang menggantikan Mosthakeen Omar.

Penolong ketua jurulatih, Azamri Zali berkata kehilangan empat tonggak itu menimbulkan kesukaran apatah lagi khidmat mereka begitu diperlukan bagi memastikan mereka dapat memberikan cabaran terbaik kepada pasukan juara Liga Perdana musim lalu itu.

“Jika sebelum ini, kami kehilangan dua tonggak iaitu kapten pasukan, Azmizi Azmi dan Mohd Hafiszuan Salehuddin kerana digantung satu perlawanan.

“Hari ini (semalam), kami menerima satu lagi kejutan apabila dua pemain lain terpaksa diketepikan iaitu penjaga gawang utama, Hairol Fazreen Abu Hassan dan penyerang, Mohd Fadly Baharom kerana kecederaan,’ katanya.

Hairol Fazreen dibelenggu kecederaan lutut manakala Mohd Fadly disahkan patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya di Alor Setar ketika dalam perjalanan ke Kangar untuk sesi latihan pasukan, Khamis lalu.

Azamri berkata, berikutan itu, pengurusan pasukan tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa membawa masuk beberapa pemain dari skuad Piala Presiden bagi menampung kekurangan pemain dalam pasukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...