Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, March 8, 2011

Awasi helah Pakistan: Fahmi (Berita Harian Online)

Oleh Ahmad Fiesal Othman

2011/03/08

KHAIRUL Fahmi (kiri) mengetuai  pasukan bola sepak Olimpik negara berangkat ke Lahore, semalam.
KHAIRUL Fahmi (kiri) mengetuai pasukan bola sepak Olimpik negara berangkat ke Lahore, semalam.

‘Kelebihan dua gol daripada pertemuan pertama belum lagi selamat’

“SKUAD negara harus bersedia dengan apa juga helah dan pendekatan digunakan oleh Pakistan untuk cuba menterbalikkan kelebihan 2-0 kita.”

Itulah luahan kapten skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat menjelang perlawanan kedua kelayakan Olimpik di Lahore, esok.

Penjaga gol Kelantan itu berkata, pasukan lawan mungkin melakukan serangan bertubi-tubi bagi mendapatkan gol semangat dan pemain negara, terutama di bahagian pertahanan sentiasa diingatkan agar tidak leka kerana Pakistan akan bermain secara agresif mengatasi kelebihan gol milik Malaysia.

“Kami perlu terus konsisten dan tidak bersikap lewa pada perlawanan di Lahore,” katanya kepada pemberita di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Lahore, semalam.

“Kelebihan dua gol daripada pertemuan pertama belum selamat dan kami harus terus memburu gol untuk memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia.”

Selain harus bersedia dengan helah dan pendekatan yang bakal digunakan lawan, cabaran lain yang terpaksa dihadapi oleh anak buah Ong Kim Swee ialah terpaksa beraksi dalam cuaca sejuk dengan suhu di Lahore kini mencecah 10 darjah selsius.

Namun, menurut Kim Swee dia sudah memberitahu pemainnya supaya bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan di Lahore, termasuk keadaan cuaca di sana.
“Saya sudah mengingatkan semua pemain bahawa perjuangan mereka bermula sebaik memijakkan kaki di bumi Lahore,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, mengingatkan skuad Olimpik negara supaya memberi tumpuan penuh dan tidak membiarkan hal yang tiada kaitan mengganggu tumpuan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...