Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 1, 2011

Wan Jamak tuntut anak didik tingkat prestasi (Berita Harian Online)


Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/02/01

MENYEDARI cabaran tampak lebih sengit selepas sekadar menang tipis pada perlawanan pembuka tirai Liga Super Sabtu lalu, pemain Negeri Sembilan dituntut meningkatkan lagi prestasi bagi melebarkan rekod kemenangan apabila melayan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan, mahu anak buahnya memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di laman sendiri walaupun sebenarnya mereka bertindak sebagai pelawat berikutan masalah gelanggang kelab dari Terengganu itu.

“Kesempatan dan peluang beraksi di tempat sendiri ini tidak boleh disia-siakan, sebaliknya pemain perlu menjadikannya sebagai landasan melebarkan lagi rekod kemenangan dan saya berharap pemain mempamerkan persembahan lebih baik,” katanya, semalam.

Wan Jamak mengakui, dia tidak akan melakukan banyak perubahan pemain tetapi tidak menolak sedikit perubahan taktikal untuk memastikan keberkesanan jentera pasukan itu terutama barisan penyerang, Hairuddin Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin yang banyak mensia-siakan peluang ketika bertemu Harimau Muda A.

“Saya berharap jentera serang dapat berfungsi lebih baik dan gandingan Hairuddin, Ahmad Fakri dan Ahmad Aminuddin lebih bijak menghidu peluang,” katanya.

Wan Jamak sekali lagi menagih khidmat cemerlang penjaga gol, Mohd Farizal Marlias yang berjaya mengawal kubu pasukannya itu apabila berdepan pula penyerang seperti Indra Putra Mahyuddin dan Norfarhan Muhamad.

“Jika dalam perlawanan pertama, dia (Mohd Farizal) mampu menunjukkan persembahan membanggakan dengan menyelamatkan beberapa cubaan bahaya pemain Harimau Muda A, saya berharap prestasi itu dapat diteruskan malam esok (malam ini),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...