Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 15, 2011

Valencia geruni semangat juang Schalke (Metro Online)

BARCELONA: Schalke 04 mungkin mempunyai sokongan bekas penggempur Real Madrid, Raul dan Klaas-Jan Huntelaar tapi apa yang menakutkan pasukan lain ialah semangat juang mereka dan faktor itulah yang paling menggusarkan, kata pertahanan Valencia, Ricardo Costa.

Costa sedar keupayaan kelab Jerman itu menjelang pertemuan pusingan kedua Liga Juara-Juara, awal pagi esok kerana dia pernah beraksi di VfL Wolfsburg dan jurulatih Schalke ketika ini ialah Felix Magath - pengendali yang pernah membimbingnya di Jerman.


Ketika sidang akhbar, pemain kelahiran Portugal itu mengaku memberi beberapa petunjuk kepada jurulatih Valencia, Unai Emery mengenai kaedah terbaik menangani lawan di Mestalla.

“Raul yang dibantu Huntelaar, adalah bintang pasukan itu,” kata Costa. “Bagaimanapun, kekuatan sebenar Schalke bukan terletak pada dua pemain itu tetapi usaha dan semangat juang mereka yang tidak pernah luntur.


“Mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka pantas ketika melakukan hantaran dan serangan balas mereka juga berkualiti. Kami perlu menumpukan sepenuh perhatian dan beraksi lebih baik jika mahu menang.” Valencia mengharungi liga tempatan dengan cemerlang sejak kebelakangan ini apabila melakar enam kemenangan dan satu seri sejak awal tahun. Kejayaan 2-1 ke atas Atletico Madrid, Sabtu lalu melonjakkan mereka ke tangga ketiga liga.


“Kami perlu ingat perlawanan ini berlangsung timbal balik. Kami perlu menjaringkan gol sambil memastikan gawang tidak bolos,” kata Costa.

Dua pertemuan antara kedua-dua pasukan itu sebelum ini berakhir dengan keputusan seri.


Kedua-duanya gagal menjaringkan gol ketika pertemuan Liga Juara-Juara 2007 dan sembilan tahun sebelum itu, mereka seri 1-1 di suku akhir Piala Uefa.

Schalke pula yakin kemenangan 1-0 ke atas Freiburg dalam saingan Bundesliga, Sabtu lalu melonjakkan semangat pemain.


“Kami bermain dengan baik pada perlawanan itu dan saya harap ia membantu kami ketika menentang Valencia,” kata penjaga gol, Manuel Neuer.


Pemain yang baru diikat Schalke iaitu pemain tengah Iran, Ali Karimi, penyerang Greece, Angelos Charisteas serta Anthony Annan, boleh diturunkan awal pagi esok. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...