Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Torres cetus kemarahan di Anfield (Berita Harian Online)

2011/02/02

PENYOKONG Liverpool membakar jersi Torres sebagai tanda marah, semalam.
PENYOKONG Liverpool membakar jersi Torres sebagai tanda marah, semalam.

PEMERGIANNYA ke Chelsea mungkin mengukir sejarah sebagai pemain ketiga termahal dunia tetapi selepas membuat peminat Liverpool tertanya-tanya, tindakan Fernando Torres itu mencipta musuh baru di kalangan peminat setia Anfield.

Torres mungkin menyarung jersi biru Chelsea dan berdepan Liverpool apabila kedua-dua kelab bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge Ahad ini tetapi penyerang Sepanyol itu mungkin diberi sambutan dingin oleh penyokong setia Reds yang memujanya sejak dia berpindah dari Atletico Madrid pada 2007.

Torres sah menjadi pemain ketiga termahal dunia dengan bayaran perpindahan mencecah 50 juta pound (RM250 juta), kira-kira setengah jam sebelum tempoh jendela perpindahan berakhir semalam, dengan kontrak baru lima tahun setengah, dibelakang jumlah dibayar Real Madrid untuk membeli Cristiano Ronaldo dan perancang Brazil, Kaka pada 2009.

Rekod bayaran termahal dalam bola sepak Inggeris sebelum ini dipegang Carlos Tevez selepas keluar daripada Manchester United untuk ke Manchester City dengan bayaran 47 juta pound (RM235 juta) pada 2009.

“Saya amat gembira dengan perpindahan ke Chelsea dan berharap dapat membantu rakan baru musim ini serta untuk beberapa tahun akan datang,” kata Torres.

“Selepas menentang Chelsea beberapa kali sejak datang ke England, saya tahu ada ramai pemain hebat di sini dan saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya harap dapat menjaringkan beberapa gol penting bagi menggembirakan penyokong musim ini,” kata penjaring 81 gol untuk Liverpool itu.

“Saya pasti saya melakukan satu langkah besar ke depan dalam karier dengan menyertai kelab seperti Chelsea.
Saya hanya mahu berada pada tahap sepatutnya bagi saya. Ini kelab yang hebat dan setiap orang menjangkakan yang terbaik dari saya, saya sudah bersedia dengan cabaran itu.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...