Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 25, 2011

Tariq akur peluang tipis (Harian Metro Online)

SELEPAS melihat anak buahnya bertungkus lumus menyelamatkan diri daripada dibelasah teruk skuad Olimpik negara kelmarin, jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi sedar peluang mereka menang perlawanan kedua di laman sendiri agak samar meskipun hanya ketinggalan dua gol.

Tariq yang baru membimbing pasukan muda Pakistan tidak sampai sebulan berkata, beliau tidak memiliki senjata rahsia untuk mencipta kebangkitan sebaliknya akan hanya mengharapkan barisan pemain yang sama.

“Rata-rata inilah pemain saya ada, saya tidak ada pemain lain lagi di Pakistan. Saya harap kami akan memberi persembahan terbaik apabila bermain di tempat sendiri.

“Malaysia bagus dan mereka mempunyai kelebihan dua gol. Sudah pasti ia satu cabaran besar buat kami,” katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Shah Alam tamat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...