Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Johor FC sedia gempur Selangor (Kosmo Online)


EDDIE HELMI (kanan) tidak dapat memperkuatkan cabaran Johor FC malam ini ekoran masalah kecederaan lutut.


TIDAK dinafikan, Selangor mempunyai rekod cemerlang dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa musim lalu.

Namun, Johor FC tidak pernah gentar dengan reputasi yang dimiliki Selangor menjelang pertembungan kedua-dua pasukan itu pada aksi Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam ini.

Johor FC gagal memulakan musim ini dengan baik apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Felda United pada perlawanan pertama di tempat sendiri.

Pasukan berstatus kelab itu terus ditimpa malang apabila tewas 0-1 serta 1-4, masing-masing kepada Perak dan Kelantan pada aksi di tempat lawan.

Begitupun, skuad Lebah itu mula menunjukkan sengat mereka apabila mencatat kemena- ngan pertama setelah menundukkan Sabah 1-0 Stadium Likas minggu lepas.

Malah, pengendali Johor FC, Azuan Zain percaya, anak-anak buahnya semakin bersemangat selepas sekali lagi mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas pendatang baru, SPA FC dari Kuala Lumpur pada pusingan pertama Piala FA di Pasir Gudang minggu lepas.

“Rekod kami ke atas Selangor tidak begitu bagus tetapi kami tetap mengharapkan keputusan positif pada pertemuan kali ini.

“Saya percaya, Johor FC tidak mempunyai sebarang masalah meskipun gagal beraksi dengan baik di awal musim.

“Cuma kami memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan rentak. Saya juga tidak terlalu kecewa dengan prestasi keselu- ruhan anak buah saya.

“Kami sepatutnya mampu menewaskan Perak dan kami juga sebenarnya beraksi lebih baik pada perlawanan menentang Kelantan.

“Perjalanan masih jauh dan apa sahaja boleh berlaku. Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pemain dan keupayaan mereka pada perlawanan esok (hari ini),” kata Azuan.

Pada aksi malam ini, Azuan meletakkan harapan tinggi ke atas pemain baru dari Perak, Shahrizal Saad yang mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang SPA FC lalu.

Shahrizal menjadi taruhan untuk menggantikan Eddie Helmi Abdul Manan yang masih dibelenggu masalah kecederaan lutut.

“Eddie masih belum pulih sepenuhnya dan saya tidak ingin mengambil risiko menurunkannya pada perlawanan menentang Selangor kerana ini meli- batkan masa depannya sendiri,” tambah Azuan.

Sementara itu, kapten Johor FC, Rezal Zambery Yahya yang juga bekas pemain Negeri Sembilan berkata, tuan rumah mempunyai strategi tersendiri apabila melayan kunjungan Selangor malam ini.

“Selangor harus berwaspada. Saya mempunyai perancangan dan saya harap, ia akan menjadi senjata utama kami malam esok (malam ini),” kata Rezal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...