Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Dos Santos dipinjamkan

http://www.yanksarecoming.com/wp-content/uploads/2009/12/dossss.jpg

BARCELONA: Penyerang antarabangsa Mexico, Giovani Dos Santos (gambar) dipinjamkan Tottenham kepada Racing Santander sekali gus kali ketiga dia berpindah secara sementara sejak berhijrah dari Barcelona tiga tahun lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu kembali ke Spurs dengan membuat lima penampilan sepanjang musim ini.


Dia menyertai pasukan itu di bawah kendalian pemilik baru, Ahsan Ali Syed yang menyaksikan aksi Santander buat kali pertama ketika seri 1-1 menentang Valencia pada saingan Liga Sepanyol.

Ali Syed sebelum ini pernah berkata, penyerang antarabangsa Serbia, Nicolas Zigic dijangka tiba untuk beraksi bersama Santander tetapi nilai perpindahannya tidak dinyatakan. Sementara itu, penyerang Amerika Syarikat, Jozy Altidore dipinjamkan Villarreal kepada juara bertahan Liga Turki, Bursaspor untuk baki musim ini.


Altidore menerusi laman sosial Twitter miliknya berkata, dia akan beraksi di Bursaspor untuk tempoh enam bulan dengan perpindahan itu disahkan agennya, James Grant Sports.


Dia sudah dua kali disenarai sebagai pemain simpanan Villarreal musim ini. Kelab Sepanyol itu turut meminjamkan Jefferson Montero kepada Levante.

Satu-satunya gol Altidore musim ini ialah ketika pasukannya menentang Poli Ejido pada pusingan keempat Copa del Rey.


Pendahulu liga, Barcelona pula menjual penyerang, Rochina kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Blackburn dengan nilai perpindahan AS$616,000 (RM1.8 juta).

Atletico Madrid pula mengikat Sergio Aguero untuk dua tahun lagi sekali gus menolak tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris.


Sevilla pula memperkenalkan dua pemain barunya iaitu Gary Mendel dan Ivan Rakitic manaka pemain pertahanan Paraguay, Paulo da Silva menyertai Zaragoza dari Sunderland. - AP


--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...