Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 1, 2011

Devan arah skuad buru 3 mata (Berita Harian Online)

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/02/01

  SAFEE  sandaran utama Selangor untuk merobek gawang Perlis, malam ini.
SAFEE sandaran utama Selangor untuk merobek gawang Perlis, malam ini.

'Safee, Fadzli sudah bersedia gegar Stadium Utama malam ini'

KEKALAHAN pada perlawanan sumbangsih lalu sudah dilupakan dan K Devan kini mengarahkan anak buahnya untuk fokus mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Super apabila bertandang ke Perlis, malam ini.

Pengendali skuad The Red Giants itu juga mengingatkan pemainnya supaya lebih berhati-hati kali ini dan tidak mengulangi kesilapan sama ketika ditewaskan Kelantan di Stadium Shah Alam Sabtu lalu, yang menyaksikan mereka tertekan di awal permainan dan gagal menjaringkan gol walaupun menampilkan kebangkitan di babak kedua.

“Saya beritahu pemain supaya berjaga-jaga tetapi pada masa sama berusaha memburu gol dan memastikan membawa pulang tiga mata penuh,” kata Devan.

“Bagi saya, kemenangan pada perlawanan kedua ini lebih penting kerana ia memberi gambaran lebih tepat terhadap prestasi dan kemampuan pasukan.”

Devan berkata, untuk perlawanan di Stadium Utama Negeri di Kangar, Selangor akan mengekalkan skuad sama ketika menentang Kelantan yang baginya, semakin menunjukkan persefahaman dan peningkatan.

“Kekalahan kepada Kelantan cuma disebabkan penyudah tidak berkesan, tetapi kali ini saya yakin penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki, Safee Sali dan gandingannya, Fadzli Saari sudah bersedia untuk menggegar,” katanya.
Dalam kunjungan ke Kangar pada saingan Liga Super musim lalu, Selangor mencatat keputusan seri 1-1 dengan Perlis, manakala di Shah Alam, The Red Giants membelasah Singa Utara 3-0.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...