Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

City tagih 'sentuhan maut' Edin Dzeko- (Kosmo Online)

BIRMINGHAM - Gareth Barry yakin jari- ngan sulung Edin Dzeko buat Manchester City bakal menjadi pencetus semangat untuk pemain baru itu menyerlahkan kemampuan- nya sebagai penyerang prolifik.

City telah membeli Dzeko dengan harga £27 juta (RM132.5 juta) daripada kelab Jerman, Wolfsburg dan penyerang Bosnia itu sudah pun menjaringkan satu gol ketika me- ngikat Notts County 1-1 pada pusingan keempat Piala FA, Ahad lalu.

Barry yang merupakan pemain tengah City berkata, dia yakin Dzeko akan menggegar lagi apabila City bertemu Birmingham pada aksi Liga Perdana England awal pagi esok.

"Kita boleh lihat apabila seseorang itu gagal menjaringkan gol dalam tempoh yang lama, prestasinya akan terjejas.

"Tetapi situasi berbeza boleh dilihat sete- lah Dzeko sudah menjaringkan gol pertama- nya bersama City.

"Seorang penyerang memerlukan keyakinan dan saya harap Dzeko mampu menyumbang banyak gol untuk City musim ini kerana rekod jaringannya sebelum ini cukup baik.

"Jika dia dapat mengekalkan prestasinya, Dzeko sudah tentu bakal bergelar bintang tidak lama lagi," kata Barry.

Sementara itu, pengurus City, Roberto Mancini mengakui bahawa kehilangan Adam Johnson bakal menyukarkan lagi tugas mereka untuk menghambat pendahulu liga, Manchester United.

Pemain sayap City itu yang merupakan salah seorang pemain yang menyinar musim ini telah mengalami kecederaan buku lali ketika latihan dan bakal diketepikan sehingga penghujung musim.

Selain itu, Carlos Tevez juga sedang berusaha untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang yang dialaminya.

"Masalah besar melanda kerana Johnson terpaksa berehat tiga bulan. Ia kecederaan serupa seperti dialami Aleksander Kolarov pada awal musim. Memang nasibnya kurang baik," kata Mancini. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...