Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 25, 2011

Buru kemenangan keempat (Sinar Harian Online)


KOTA BHARU - Buru kemenangan keempat, begitulah harapan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu untuk pasukan bimbingannya yang turun beraksi menentang Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Karathu berkata, kejayaan mengatasi T-Team dalam saingan Piala FA minggu lalu memberi suntikan semangat kepada anak buahnya untuk terus mengekalkan rentak cemerlang sebaik sahaja perlawanan Liga Super disambung malam ini.

“Bagi saya, setiap perlawanan yang dilalui Kelantan begitu penting, kita tidak boleh tercicir mata dan perlu mengutip mata sebanyak mungkin pada awal saingan liga bagi memastikan Kelantan terus berada dalam keadaan selesa memimpin carta liga,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau mahu jentera serangan Kelantan bertindak lebih agresif di depan pintu gol dan menyudahkan setiap peluang yang terhidang dengan noktah jaringan bagi memastikan pasukan bimbingannya itu membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.

“Saya mahu penyerang seperti Muhammad Ramzul Zahini (Adenan) lebih bernafsu di depan pintu gol, memang kalau kita tengok prestasi dia sebelum ini dalam dua perlawanan liga terakhir dia mempunyai sekurang-kurangnya enam peluang untuk menjaringkan gol namun hanya satu yang menerjah jaringan, jadi saya harap dia kembali menemui sentuhannya,” katanya.

Karathu berkata, dia tidak mahu jentera serangan sahaja menjaringkan gol sebaliknya pemain di posisi lain juga harus mengambil tanggungjawab sama membantu menjaringkan gol untuk Kelantan.

“Kita ada Muhd Badri (Radzi), Mohd Nurul Azwan (Roya), Mohd Shakir (Shaari) dan lain-lain pemain yang mampu membutirkan jaringan untuk Kelantan, sya rasa semua pemain mempunyai tanggungjawab sama menjaringkan gol,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan menentang Kedah malam ini, Karathu sesekali tidak memandang mudah perlawanan ini sebaliknya menghormati keupayaan barisan pemain muda Sang Kenari.

“Kedah merupakan pasukan yang kuat walau menduduki pertengahan carta liga, malah kejayaan mereka mengikat keputusan seri dengan T-Team dan Perak menunjukkan kemampuan anak buah Ahmad Yusoff tidak boleh dipandang rendah.

“Sekiranya pemain bekerja kuat dan mengikut semua arahan taktikal yang diberikan, tidak mustahil kita mampu menumpaskan mereka malam ini,” katanya.

Beliau menambah, beliau bersedia menurunkan S Chanturu yang baru pulih dari kecederaan dalam perlawanan malam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...