Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 15, 2011

Bambang beri tips (Metro Online)

JIKA ditakdir menempuh pengalaman ala perang dengan menaiki kereta perisai Baracuda ke stadium sekali lagi, ia bukan masalah besar buat penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali.

Beliau yang berlepas ke Indonesia, semalam untuk menandatangani kontrak setahun bersama kelab baru, Pelita Jaya FC bersedia berdepan saat mendebarkan itu seperti dialami ketika beraksi di final Piala Suzuki AFF, Disember lalu.


Malah, Safee, 27, mendapat tips daripada bekas pemain import Selangor dari Indonesia, Bambang Pamungkas dengan cabaran yang bakal dihadapinya.

“Saya sempat berbual dengan Bambang sebelum ini, dia cakap kalau naik Baracuda biasa di sana (Indonesia). Kalau lawan pasukan besar seperti Persipura, Arema, Persija memang biasa naik Baracuda.


“Sebelum ini sudah naik (Baracuda), seronok juga,” katanya berseloroh ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebelum berlepas ke Jakarta, pagi semalam.


Pemergian Safee menyertai Pelita Jaya FC yang berpangkalan di Jawa Barat itu ditemani keluarganya termasuk isteri, Sabarina Yusof serta dua anak perempuan, Nur Syasya Sofrina dan Nur Syaza Syaqina.

Kelibat bekas pemain Selangor itu pastinya menjanjikan tarikan tersendiri dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas dia mempamerkan aksi berbisa selepas muncul penjaring terbanyak ketika membantu Malaysia menewaskan negara jiran itu untuk merangkul trofi Piala AFF.


Sebelum beraksi di final kejohanan itu, Safee dan rakan sepasukan skuad kebangsaan berdepan pelbagai provokasi pihak media dan penyokong fanatik Indonesia sehingga terpaksa menaiki Baracuda ke venue pertandingan, Stadium Gelora Bung Karno bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Penyerang kelahiran Kajang, Selangor yang dibesarkan di Tapah, Perak itu tidak mahu masalah di dalam dan luar padang mengganggu tumpuan, sebaliknya mahu melunaskan hajat kelab barunya memperbaiki kedudukan carta liga dengan meledak sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan.


Ini kerana, Safee menganggap penghijrahan ke Indonesia satu permulaan buat kariernya selaku pemain profesional kerana impian utamanya beraksi dalam Liga Australia.


“Saya sedia berdepan apa saja cabaran di sana (Indonesia) dan berharap dalam tempoh dua tiga minggu ini saya dapat menyesuaikan diri sebelum perlawanan pertama. Masalah pasukan adalah di bahagian serangan dan saya harap boleh menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam setiap perlawanan.


“Sasaran utama saya sebenarnya bermain di Liga Australia, saya rasa ia sasaran yang realistik kerana pemain Thailand juga sudah beraksi di sana. Saya perlu lakukan sesuatu bersama Pelita Jaya untuk buka peluang ke negara lain,” katanya.


Skuad Pelita Jaya yang kini menduduki tangga tercorot daripada 15 pasukan ISL turut memiliki pemain import dari Jepun, Yusuke Sato, Shibakoya Yuichi, dan Tomoyuki Sakai, Walter Brizuela Benitez (Argentina) Juan Andres Nohuera Ramirez (Paraguay) dan Dramane Coulibaly (Perancis).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...