Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Wenger idam kemenangan selesa di laman sendiri (Utusan Malaysia Online)




BIRMINGHAM - Arsene Wenger jarang meninggalkan St. Andrew dengan kata-kata jenaka, namun kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Birmingham City meletakan dia dalam keadaan selesa untuk lebih berjaya berbanding pencabarnya, Manchester City.

Selepas Arsenal mengalahkan penyandang juara Chelsea pada permulaan rehat liga kerana musim perayaan, pengurus Gunners, Wenger menegaskan pasukannya tidak lagi boleh dibuli dalam saingan kejuaraan.

Kelab London itu menepati kata-kata bos mereka dengan memenangi perlawanan di tempat lawan ke atas pasukan yang diancam ke zon penyingkiran, Birmingham.

Namun, kemenangan di tempat lawan ke atas Birmingham kelmarin, sekadar menyaksikan Arsenal kekal di tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu Manchester United, yang kurang satu perlawanan berbanding Gunners dan pasukan di tangga kedua Manchester City.

Setelah menyaksikan Arsenal mengatasi Chelsea di padang sendiri, Wenger menyedari satu lagi persembahan menakjubkan di Stadium Emirates menentang skuad mahal Roberto Mancini, ia adalah cara ideal untuk meningkatkan prestasi di St Andrew.

"Sekarang kami akan menumpukan perhatian terhadap perlawanan menentang Manchester City. Ia adalah perlawanan penting dan anda sendiri tahu.

"Kami mempunyai jadual perlawanan yang sukar dengan aksi di tempat lawan, tetapi kini kami akan kembali ke Stadium Emirates.

"Kami tahu betapa pentingnya Stadium Emirates buat kami. Kami gembira beraksi di sana, kami tahu kami mendapat sokongan padu di sana.

"Adalah baik buat kami bahawa kami menentang semua pencabar kami pada separuh kedua musim ini,'' katanya.

Arsenal meninggalkan St. Andrew tanpa kecederaan, setelah hampir tiga tahun sejak bekas penyerang Gunners, Eduardo mengalami kecederaan mengerikan pada kaki ketika beraksi di Birmingham.' katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...