Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 7, 2011

T'Team Hormat Bekas Juara Piala Malaysia, Kelantan Dalam Piala FA (BERNAMA)

Nor Farhan Mohamad

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) -- T'Team yang dianggap pasukan baru dalam kejohanan bola sepak Liga Malaysia, tetap menghormati pasukan Kelantan, bekas juara Piala Malaysia 2010 apabila mereka bertemu dalam pertandingan Piala FA di sini Feb ini.

Pengurusnya Rozi Mamat berkata sebagai juara sudah tentu pasukan Kelantan mempunyai pengalaman dan ramuan tertentu berbanding pasukan T'Team.

"Tambahan pula, mereka mempunyai jurulatih yang berwibawa dan disegani. Ini yang membuatkan T'Team menghormati pasukan tersebut," katanya ketika diminta mengulas perlawanan pertama T'Team menentang Kelantan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini 19 Feb ini.

Sebelum itu, Rozi yang juga Pengerusi Belia dan Sukan Negeri (MSN) menghadiri majlis pertukaran penolong pengurus T'Team, yang juga Pengarah Majlis Sukan (MSN) negeri, Rosdi Awang ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) 1 Jan lalu.

Rozi berkata bagaimanapun T'Team telah bersedia dalam semua aspek untuk menghadapi Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu bertemu nanti.

Katanya, T'Team yang bakal dibarisi bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahayuddin dan Rosdi Talib akan cuba memberikan persembahan terbaik.

Dalam usaha memantapkan lagi pasukan, beliau berkata T'Team akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan negeri di utara mulai 10 Jan ini.

'Kontroversi' melibatkan tiga bekas pemain Kelantan iaitu Nor Farhan Mohamad, Indra Putra dan Azizi Mohd Rose yang berhijrah ke T'Team tahun ini juga telah selesai, katanya tanpa mengulas lanjut.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...