Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Singa Utara mahu bawa pulang Piala Malaysia (Harian Metro Online)

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) meletakkan sasaran membawa pulang Piala Malaysia pada kempen Liga Malaysia (Liga M) 2011.

Pengumuman itu diumumkan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.

Selain itu, beliau turut melahirkan keyakinan terhadap skuad dikendalikan pengendali baru Musthakeen Omar untuk mempamerkan persembahan cemerlang pada kempen Liga Super dan Piala FA.

Shahidan yang juga mantan Menteri Besar Perlis berkata, keyakinan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk kelebihan barisan pemain muda yang terpilih menggalas cabaran skuad Singa Utara itu.

Katanya, walaupun prestasi Perlis musim lalu dan sebelumnya tidak begitu memberangsangkan, namun Singa Utara pada musim baru ini berbeza sama sekali bukan saja tidak memiliki barisan bintang, malah hampir keseluruhannya membabitkan tenaga muda dan baru.

“Pemain yang terpilih untuk membawa cabaran musim 2011 ini walaupun tidak bertaraf bintang dan kurang dari segi pengalaman masih mampu memberi cabaran.

“Ini kerana mereka ini bukan saja terpilih kerana muda tetapi paling penting memiliki kepantasan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Malam Singa Utara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...