Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 10, 2011

Semangat Qatar tidak terjejas (Harian Metro Online)

Hussein Yasser

DOHA: Penyerang Qatar, Hussein Yasser berkata, pasukannya tidak harus patah semangat biarpun tewas perlawanan pembukaan Piala Asia dengan mengambil contoh juara dunia di Afrika Selatan, Sepanyol.

Pasukan tuan rumah membenarkan tekanan menguasai diri pemain apabila tewas 0-2 kepada Uzbekistan.

Yasser dikenali sebagai seorang daripada pemain terbaik negaranya, pernah cuba beraksi bersama Manchester City, percaya mereka masih mampu untuk mara ke peringkat seterusnya dalam kumpulan A.

“Kami perlu melupakan perlawanan itu kerana ia tidak dapat diulang,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

“Kami masih mempunyai perlawanan menentang China dan Kuwait. Kami mempunyai dua peluang untuk melayakkan diri.

Yasser menjadikan Sepanyol sebagai sumber inspirasi apabila tewas perlawanan pertama Piala Dunia 0-1 kepada Switzerland tapi masih boleh menjuarai pertandingan itu apabila menundukkan Belanda di final. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...