Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

Sathianathan digugur (Harian Metro Online)

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan digugurkan daripada jawatan Ketua Jurulatih Kelantan selepas dikenakan hukuman pergantungan enam bulan oleh Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa selepas beliau menerima pengesahan pergantungan itu, kelmarin.

Biarpun begitu, Annuar berkata, Sathianathan akan terus berkhidmat dengan Kafa menerusi jawatan berbeza.

Katanya, Kafa melantik Sathianathan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Akademi Bola Sepak The Red Warriors (TRW) bermula bulan ini. “Walaupun dikenakan hukuman enam bulan, Kafa tidak bercadang melepaskannya dan mahu dia terus berkhidmat bersama Kafa.

“Kafa bersetuju melantik Sathianathan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Bola Sepak The Red Warriors (TRW) bermula bulan ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek kepada pemain Kelantan selepas menjuarai Piala Malaysia 2010, di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, semalam.

Berikutan penggantungan itu, nama bekas jurulatih Harimau Muda dan Kedah, Azraai Khor Abdullah disebut-sebut antara calon yang bakal mengisi tempat jurulatih Skuad Kijang.

Mengulas perkara itu, Annuar mengaku terdapat ramai jurulatih berkualiti yang berpotensi menggantikan Sathianathan namun keputusan belum muktamad.

Katanya, antara jurulatih dalam perhatiannya termasuk bekas jurulatih kebangsaan, Datuk M Karathu, bekas jurulatih MyTeam, Bojan Hodak dan bekas jurulatih Kelantan sebelum ini, Peter James Butler. “Memang ramai jurulatih berkualiti, namun saya mahu jurulatih yang bakal dipilih mampu meneruskan cara yang sudah diterapkan Sathianathan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...