Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Safee Tetap Mahu Ke Indonesia Biarpun Dapat Ancaman (BERNAMA)

Oleh Ahmad Erwan Othman

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Di sebalik kerisauan keluarga terhadap keselamatannya, penyerang sensasi negara Mohd Safee Mohd Sali tetap mahu beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) biarpun mendapat ancaman bunuh daripada penyokong fanatik negara itu.

"Saya tahu perangai penyokong Indonesia lain dari negara kita tetapi saya tetap yakin kepada diri kerana saya hanya mahu menimba pengalaman dalam kareer bola sepak luar negara.

"Saya harap mereka (penyokong) perlulah realistik dan bersikap terbuka. Mengenai ancaman bunuh, saya tetap yakin tidak akan berlaku apa-apa terhadap keluarga saya nanti," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Beberapa laman web tempatan melaporkan ahli keluarganya bimbang tentang keselamatannya kerana membuat keputusan untuk bermain dengan sebuah kelab di Indonesia.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 untuk muncul juara Piala AFF Suzuki selepas menunggu selama 14 tahun.

Dalam kedua-dua perlawanan akhir secara timbal balik itu, Mohd Safee menjadi wira negara apabila menyumbat tiga gol, termasuk satu di Jakarta, sekaligus membawa pulang Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan dengan lima gol sepanjang kejohanan itu.

Gol-gol Mohd Safee telah membuat penyokong Indonesia marah kerana beliau dianggap punca kekalahan negara itu.

Mohd Safee berkata beliau menerima tawaran beraksi daripada tiga kelab di Indonesia iaitu Persib Bandung, Persib Balik Papan dan Pelita Jaya.

Namun, Persib Bandung menjadi pilihan Mohd Safee kerana Bandung lebih dekat dengan tanah air di samping beliau sudah biasa dengan persekitaran di bandar itu.

Ketika ditanya keberatan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melepaskannya beraksi di Indonesia, beliau berharap perbincangan diadakan dapat memuaskan hati semua pihak.

"Saya faham kerana masih terikat kontrak bersama Selangor sehingga November ini namun saya harap keputusan perbincangan akan mendapat reaksi yang positif.

"Sekiranya tidak mendapat restu FAS, tidak menjadi masalah. Tak jadi tahun ini, mungkin akan dapat peluang tahun depan," katanya.

Pada Isnin, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, masa depan Mohd Safee bergantung kepada hasil perundingan yang akan diadakan wakil-wakil ketiga-tiga kelab terbabit pada minggu ini.

Mohd Safee berkata sekiranya beliau meninggalkan Selangor, pasukan itu masih mampu beraksi hebat kerana mempunyai beberapa pemain handalan seperti Mohd Amri Yahyah, Rudie Ramli, S. Sritharan dan K. Depan Sakwati.

"Tidak mungkin mereka akan ketandusan pemain utama di posisi serangan sekiranya saya berhijrah nanti," kata Mohd Safee.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena