Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 6, 2011

Safee dapat RM10,000 (Harian Metro Online)

KERAJAAN negeri Perak akan memberi imbuhan RM10,000 kepada penyerang pasukan kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali kerana membantu negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010 serta muncul penjaring terbanyak kejohanan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) ketika mengumumkan ganjaran itu berkata, Mohd Safee akan menerima RM5,000 kerana membantu negara memenangi piala berprestij itu manakala tambahan RM5,000 muncul pemenang Kasut Emas dengan lima gol.

Dua lagi pemain Perak, Mohd Sabre Mat Abu dan Mohamad Fadli Mohd Shas turut menerima ganjaran RM5,000 setiap seorang.

“Wajar kita berikan ganjaran kepada tiga anak Perak yang menyumbangkan tenaga untuk negara. Saya terharu dan bangga dengan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF selepas menanti 14 tahun,” katanya.

Safee anak kelahiran Behrang dan keluarganya kini menetap di Tapah. Dia pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sabre pula anak kelahiran Parit Buntar dan Fadli, anak anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang lahir di Lumut.

Mereka akan menerima imbuhan masing-masing dalam satu majlis ringkas tidak lama lagi.

Sebelum ini, Terengganu dan Kelantan turut menawarkan insentif seperti wang tunai, tanah dan rumah bagi pemain negara yang berasal dari negeri itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...