Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 6, 2011

Rumah Fahmi dalam perbincangan (Harian Metro Online)

KERAJAAN Kelantan berbincang untuk mencari rumah serta lokasi sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain itu.

“Kita berbincang menentukan rumah, lokasi dan nilai untuk dihadiahkan kepadanya. Yang penting keselesaan dia seluarga,” katanya.

Dua hari lalu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan hadiah tersebut. Khairul Fahmi turut mengharumkan nama negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena