Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 23, 2011

Piala Sumbangsih 2011

Selepas Malaysia menjuarai Piala AFF-Suzuki 2010, kemeriahan dan kehangatan liga tempatan juga turut merasai bahangnya. Liga Malaysia 2011 akan memulakan musimnya pada 29 Januari 2011. Perlawanan tumpuan sudah pasti terarah kepada Selangor melawan Kelantan merebut Piala Sumbangsih. Selangor dengan reputasi sebagai Juara Liga Super 2010 sudah pasti tidak mahu berputih mata dengan melepaskan piala tersebut ke tangan Kelantan.

Kelantan juga bukan sebarangan pasukan, turun sebagai status Juara Piala Malaysia 2010, sudah pasti Kelantan mahu meneruskan kecemerlangan mereka.

Yang menarik adalah pertembungan dua penyerang berbisa kebangsaan iaitu Safee Sali yang baru sahaja memenangi anugerah kasut emas pada Piala Suzuki-AFF 2010 dan NorShahrul Idlan Talaha yang memenangi anugerah Penyerang Terbaik Kebangsaan dan juga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai 2010.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...