Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

Perak uji skuad di Singapura (Berita Harian Online)

Oleh Azizan Hashim
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/02

PERAK yang terus berusaha memantapkan pasukan bagi menghadapi kempen Liga-M 2011, kini mengalihkan perhatian kepada pasukan Liga Singapura pula untuk mengatur perlawanan persahabatan.

Selepas bertandang ke Bangkok, baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyifatkan langkah itu sebagai jalan terbaik bagi pemain meningkatkan kemampuan mereka.

“Perlawanan dengan pasukan di Thailand baru-baru ini nyata memberi impak besar khususnya terhadap pemain muda yang mendapat pengalaman berguna apabila berdepan lawan yang mengamalkan corak permainan berbeza.

“Tambahan pula, pasukan di Thailand menampilkan pemain import yang mempunyai susuk badan besar,” katanya.

Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri berkata, dua perlawanan di Bangkok menyerlahkan kelemahan yang masih ada dalam pasukan dan sehubungan itu, usaha mengatasinya segera dilakukan.

Walaupun Perak menang dalam kedua-dua perlawanan, menumpaskan juara Liga Perdana Thailand, Muang Thong FC 3-2 dan membaham Air Force United FC 4-1, Zainol berkata, ia bukan bererti pemain sudah boleh mendabik dada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...