Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 18, 2011

Perak idam pulih kegemilangan bola sepak (Harian Metro Online)

Oleh Azizan Hashim

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga peminat nombor satu pasukan negeri itu berharap skuad Seladang mencapai pencapaian gilang-gemilang musim ini bagi mengembalikan imej bola sepak Perak yang tercalar sejak beberapa tahun kebelakangan.

“Banyak pihak kini tampil untuk menaja pasukan Perak sama ada dari segi kewangan atau barangan. Ini membantu mengukuhkan kedudukan kewangan. Kini usaha untuk memantapkan pasukan dapat dilaksanakan. “Justeru pemain perlu mengusahakan pencapaian terbaik bagi mengembalikan zaman kegemilangan Perak dalam kancah bola sepak tempatan,” katanya selepas majlis pelancaran sumbangan bas kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), baru-baru ini.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pula menyifatkan tajaan pengangkutan itu sebagai satu lagi mercu tanda perkembangan Pafa dan berharap ia menjadi pemangkin semangat pasukan.

Tajaan semusim itu termasuk sebuah bas serta dua pemandu untuk kegunaan sepenuhnya pasukan bola sepak Perak disumbangkan Syarikat Arwana Travel and Tours Sdn. Bhd iaitu sebuah agensi pelancongan berpangkalan di Lumut, Perak.

“Sumbangan ini mempunyai impak besar terhadap kewangan persatuan. Kami mampu menjimatkan beribu-ribu ringgit dari segi kos pengangkutan musim ini. Bagi pihak persatuan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Arwana yang sudi menaja skuad Seladang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...