Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

Pahang Terima Tajaan Lotto Untuk Liga Malaysia


KUANTAN, 26 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menerima sambungan kontrak penajaan daripada syarikat Lotto selama setahun lagi bernilai RM160,000 untuk Liga Malaysia.

Kontrak penajaan itu telah ditandatangani Timbalan Presiden PBNP Datuk Seri Muhammad Safian Ismail manakala syarikat Lotto diwakili pengurus produknya Frankie Ng.

"Buat masa sekarang kita menyambung penajaan selama setahun lagi untuk musim ini dan mungkin akan dilanjutkan setahun lagi pada tahun depan," kata Ng.

Ketua jurulatih Pahang Dollah Salleh pula berkata beliau belum dapat menyenaraikan kesebelasan utama pemain Pahang yang akan berdepan dengan Perlis pada perlawanan pembuka tirai Liga Super pada Sabtu ini memandangkan semua pemain menunjukkan prestasi yang baik.

"Kualiti barisan pemain Pahang tahun ini agak berbeza berbanding tahun lepas yang menampakkan satu peningkatan," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...